Ini antara perkara yang saya tulis di dalam buku sulung saya, "Apa Lagi Cina Mahu"
Bayangkan perkara ini ditulis oleh Ulasan Apek Cina yang Belum Muslim tetapi beliau juga dituduh sebagai pengkhianat agama walaupun apa yang ditulis beliau adalah fakta.
Namun emosional mengatasi rasional.
Begitu juga dalam penulisan kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM yang konsisten dengan prinsip fakta & rasional mengatasi emosi. Fakta & rasional untuk orang yang berakal & berfikir.
Mendahulukan emosional adalah bagi mereka yang malas membaca & berfikir. Ya, kedua duanya sekali. Baca (belajar boleh menerusi baca & mendengar) dan fikir mesti selari. Kegagalan belajar (baca & dengar) serta berfikir adalah penyesalan penghuni neraka sebagaimana firman Allah swt Subhana Wa Ta'ala;
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
(Al-Mulk 67:10)
Anda boleh dapatkan buku "Apa Lagi Cina Mahu" di link ini;
http://shop.askislam.my/index.php?route=product/product&product_id=318